Peranan Guru ke Arah Mencapai Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
i.
Komponen Ketuhanan:
Guru perlu memikul Amanah bahawa kerjaya sebagai Pendidik
itu merupakan satu amanah yang dipertanggungjawabkan untuk dilaksakan. Amanah
kepada guru ini datangnya dari sesame manusia (ibu bapa, masyarakat dan kerajaan)
dan amanah kepada Tuhan. Guru perlu menjadikan kerjaya keguruan itu sebagai
suatu ibadah yang memberikan sumber rezeki dalam kehidupan. Guru perlu sentiasa bersyukur dan melipatgandakan usaha untuk memberikan pendidikan yang terbaik dan
sempurna sebagaimana yang diamanahkan. Dalam mendidik, bentuklah akhlak
murid-murid untuk menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat.
Ii:
Komponen Profesional:
Guru yang professional adalah guru yang tahu apa yang mesti
dilakukan di dalam menjalankan tugas-tugasnya, dapat menjadikan murid-muridnya
beroleh kejayaan dalam hidup dan dapat menberikan ilmu yang terbaik. Dengan
itu, guru perlu menjadi orang sentiasa lapar kepada ilmu dan sentiasa berasa
bodoh dengan perubahan dan sentiasa tahu mencari penyelesaian.
iii.
Komponen Pengajaran:
Pengajaran melibatkan pelbagai kemahiran, pengetahuan, bahasa
dan nilai yang saling bergabung untuk melahirkan murid yang cemerlang. Guru
perlu menguasai perkara tersebut dan berkebiolehan untuk menterjemahkan ke
dalanm amalan yang berkesan. Kemahiran mengajar, komunikasi dan pengendalian
teknologi adalah perkara yang diutamakan. Manakala pengetahuan secara mendalam,
meluas dan terkini terhadap konten, pedagogi khusus dan am, kurikulum, murid
konteks dan matlamamt Pendidikan adalah penting.
iv.
Komponen Perundingan:
Guru adalah pemimpin, pembimbing dan pendorong untuk
memastikan tiada mnurid yang tertinggal di belakang. Guru perlu bertindak
sebagai perunding yang cekap terhadap murid, ibu bapa, rakan sejawat dan pihak
atasan yang lain. Sebagai peruinding, peranan guru ialah memastikan tiada
masalah atau halanagan dalam memastikan murid berjaya.
v.
Komponen Penyelidikan:
Guru mesti sentiasa mendahului era dengan sentiasa memperbaiki
diri bagi meningkatkan tahap profesionalisme. Penyelidikan adalah perkara yang
perlu dilakukan oleh guru dalam konteks amalannya dalam bilik darjah. Kajian tindakan
merupakan salah satu penyelidikan yang boleh guru-guru laksankan untuk
mengenalpasti dan menyelesaikan masalah dalam pengahjaran dan pembelajaran.
Comments
Post a Comment